Posts

Showing posts from December, 2012

Jangan jadi Ibu Bapa yg Derhaka!!

Image
Anak-anak mungkin gagal mengikut cakap kita, tetapi mereka tidak mungkin gagal mengikut sikap kita. Justeru, cara terbaik mendidik anak-anak ialah melalui sikap bukan cakap.Ini kerana manusia lebih mempercayai matanya berbanding telinga. Sikap dapat dilihat, cakap cuma dapat didengar.

Mendidik anak-anak boleh dilihat sebagai amanah yang sangat mudah. Kita hanya perlu menjadikan diri yang baik. Kemudian kebaikan itu dapat dilihat oleh anak lalu diteladani oleh mereka. Namun, mendidik juga boleh dilihat sebagai amanah yang amat berat. Ini kerana bukan mudah untuk memperbaiki diri kita sendiri. Ia perlukan proses mujahadah (melawan hawa nafsu) yang panjang dan berterusan.



Ibu bapa mana yang tidak inginkan anak yang baik, soleh dan solehah. Malangnya, harapan itu tidak kesampaian kerana kita gagal mempamerkan teladan yang baik untuk anak-anak. Anak-anak sering mendapat petunjuk yang bertentangan antara apa yang kita cakap dan apa yang kita buat. Kebanyakan kita masih mengajar, bukan menga…