Saturday, December 31, 2016

SEBUAH KEHIDUPAN

Pejam celik pejam celik hampir sedekad memegang amanah sebagai seorang peguam..macam lagu Ukiran Jiwa Awie lak.."Telah sedekad kenangan terpahat di ruang tak bertempat oo... ho..." 2016 pun akan melabuhkan tirai tidak lama lagi..semoga tahun baru 2017 nanti akan memberikan sinar baru yang lebih baik untuk kita semua.. 
1 dekad bukanlah dalam masa yang singkat..amanah yang harus digalas dengan penuh tanggungjawab..penuh kesabaran, penuh prinsip dan beretika dan berintegriti.

Sesekali terfikir sampai bila jawatan ini harus disandang..ia bukannya mudah..seperti menulis abc..ia seberat batu yang perlu dipikul..lawyer is a professional job..sama dengan bidang kerja professional yang lain seperti doktor, arkitek, jurutera dan lain-lain.When the job is professional, what people expect from u? Adakah semua kerja yang dilakukan perlu perfect? Adakah kamu perlu tahu semua benda dalam bidang guaman? Adakah kamu perlu hafal semua law, akta dan seksyen? The answer is affirmative..haa..no lah..kat sini bukan nak cerita pasal law sangat..just nak cerita and share pengalaman kerja dalam bidang guaman ni je..pengalaman diri sendiri agar sedikit sebanyak boleh memberikan inspirasi dan gambaran tugas lawyer ni bukan sekadar gah pada nama dan bukan hanya sekadar untuk glamour..its more than that..its everything..its about your attitude..its about how to solve problems..its about how u carry yourself when something is wrong everywhere..n u have to fix it again as its never happen..its about how you try to convince your client to listen to ur advice..its about how u present ur case well in court..its about process of learning, its about how you listen to others problems and u try not to be emotional..above all..its about life...




Lawyer harus mempunyai prinsip hidup sendiri..tidak perlu sesekali membodek boss untuk kenaikan gaji dan nampak hebat di mata dia...hanya perlu hasilkan kerja yang terbaik dan selagi boleh jangan memberikan masalah kepada semua orang..lawyer harus teliti and very details..perlu tegas dalam berlembut..tak boleh ikut rasional semata-mata..kena ikut law and procedure..tak boleh cakap tanpa asas..tak boleh advice client sesuka hati..tak boleh main hentam n semberono..tak boleh buat simple mistake...tak boleh kerja main-main..bnyak yang tak boleh kan...dan yang paling susah...tak boleh nak cuti dan EL sesuka hati..tak boleh...

As a lawyer, ur words should louder than ur staff..you should firm when to give instructions to ur staff..sebab ape? sebab kita nak pastikan kesilapan tak berlaku dalam sesuatu kerja yang dilakukan..contoh mudah sahaja..arahan Mahkamah untuk peguam keluarkan surat pemberitahuan kepada pihak Defendan untuk maklumkan tarikh bicara sesuatu kes..tapi staff cakap sebelum ni just inform Defendan melalui suratkhabar dah cukup dan Mahkamah bagi Perintah..bila dalam keadaan ini kita perlu sedar bahawa arahan Mahkamah akan berbeza bergantung kepada Timbalan Pendaftar, Majistret atau Hakim..Oleh sebab peguam yang hadir di Mahkamah dan lebih tahu, staff perlu dengar arahan peguam. Ini kerana jika arahan ini tidak dipatuhi, Perintah tidak akan diberikan oleh Mahkamah. Kesannya ialah bila Perintah tidak diperolehi peguam perlu menjawab dengan boss dan juga client. Pada masa ni boss biasanya akan memarahi peguam kenapa begini..kenapa begitu..yang salah adalah peguam juga..sebab itulah peguam perlu memastikan semua kerja dilakukan dengan betul dan sempurna..tak boleh silap..semakan perlu dibuat dengan teliti berdasarkan dokumen-dokumen yang ada..kalau peguam check pun cincai-cincai sebab itulah kadang-kadang banyak kesilapan yang berlaku..saya kalau boleh sehabis daya tak akan benarkan kesilapan berlaku..semua harus perfect..biar kita amik masa lama dalam membuat semakan satu-satu file daripada kita semak sekejap dah siap..sedangkan semua particular banyak yang tak betul..saya amat percaya bila kita amalkan ketelitian dan fokus  dalam membuat sesuatu kerja, hasilnya juga pasti baik..kita manusia tak sempurna selalu buat silap tapi biarlah kesilapan itu tak berulang.berikan yang terbaik dan lakukan yang semampu boleh..inshaa Allah..


Pengalaman menjadi seorang peguam ni banyak melibatkan ramai pihak..kadang kita pergi court untuk sesuatu kes kita akan belajar satu benda baru pada hari itu..sebab itu saya suka jadi lawyer litigation dari lawyer conveyancing..kita akan berjumpa dengan orang awam yang mempunyai kisah hidup yang mereka ingin share dengan kita..kita akan berjumpa dengan kawan-kawan peguam lain yang mengendalikan bermacam-macam kes..kita akan berjumpa dengan pegawai mahkamah yang berlainan character..kita akan berjumpa dengan staff mahkamah yang very helpful, very annoying, suka mengorat dan macam2 la, berjumpa dengan interpreter yang kadang2 lebih hebat daripada Hakim, dan berjumpa dengan cleaner yang peramah dan very concern..dulu cleaner Ani jumpa ngan saya dia panggil Puan..sekarang jumpa saya dah panggil saya Sayang..macam kawan dah ngan dia..hehe..

Banyak cerita yang ingin dikongsikan sebenarnya..tapi larat ke nak menaip lama-lama ni..salah satu cerita terbaru..ni kes pinjaman peribadi dengan bank..tugas ini sebenarnya bukan dalam scope lawyer..tapi saya kebetulan nak pegi Kuantan so saya rasa la nak buat keja serahan dokumen ni..saya ingin membuat serahan dokumen kepada pihak penghutang di mana penghutang menetap di Kuantan, Pahang. Saya telah mendapatkan no telefon Penghutang dengan agen yang sebelum ini berjaya menyerahkan dokumen kepada Penghutang. Saya call Penghutang dan seterusnya message melalui whatsapp menetapkan hari untuk berjumpa dengannya dengan tujuan untuk menyerahkan dokumen tersebut dan dia bersetuju. Dalam perjalanan ke Kuantan, saya message akan sampai jam berapa dan bertanyakan tempat yang sesuai untuk berjumpa. Oleh kerana kelewatan sedikit sebab singgah di Temerloh dan Mentakab, juga atas urusan serahan dokumen, Penghutang tidak dapat berjumpa seperti yang dijanjikan. Tetapi saya mencadangkan waktu lain dan keesokan harinya untuk berjumpa juga. Malangnya Penghutang cuba untuk mengelak. Saya menghubungi Penghutang keesokan harinya dan dia menjawab panggilan saya dan menyatakan akan pergi ke Temerloh kerana ada kenduri saudara. Saya pun menetapkan temujanji yang baru untuk berjumpa di Temerloh ikut kesesuaian tempat Penghutang. Sepanjang perjalanan ke Temerloh saya beberapa kali message Penghutang tetapi tidak reply dan setelah sampai di Temerloh saya menghungi beberapa kali tapi Penghutang juga tidak menjawab panggilan. Oleh itu saya membuat keputusan dan msg sekali lagi saya tunggu di masjid smpai jam 6 petang sekiranya Penghutang masih senyap saya akan bertolak balik ke KL..akhirnya dokumen itu tidak dapat diserahkan kepada Penghutang kerana dia sendiri yang mengelak. Oleh itu dokumen terpaksa diiklankan dan bila tarikh bicara jika Penghutang tak hadir ke Mahkamah, dia akan dihukum bankrap. Sebenarnya serahan dokumen perlu diserahkan sendiri untuk pengetahuan pihak Defendan dan saya akan menasihatkan agar berbincang dengan pihak Bank untuk sebarang penyelesaian. Mungkin dia rela diri dibankrapkan daripada mencari jalan lain untuk menyelesaikan hutangnya. Ada orang yang sanggup naik turun Mahkamah mengelakkan diri dari menjadi si Bankrap tapi kes ini dia dah menyerah awal-awal. Kita sebagai Peguam bukannya kerja suka-suka untuk menjadikan seseorang Bankrap tapi jika sehabis usaha dilakukan Penghutang tak dapat dihubungi, mengelak dan bermacam sebab yang tidak diketahui memang tak dapat nak tolong dah..

Peguam juga seorang manusia biasa..yang menjalani hidup dan rutin harian seperti orang lain juga..kalau dulu time bujang dan tak mempunyai keluarga kerja adalah priority utama..tapi bila dah berkeluarga family comes first..sekuat mana kita kerja pun keluarga tidak harus diabaikan..cita-cita saya hanyalah menjadi seorg peguam yang terbaik dalam kerja yang saya lakukan..biarlah tak hebat di mata manusia tetapi hebat di mata Allah..insha Allah..



" Memburu selain-Nya hanya akan mengecewakan, pergilah setinggi puncak karier, rebutlah setinggi nama, carilah sebanyak harta, tanpa hati emas, kau akan hanya meninggikan tempat jatuh. "Berjaya tanpa keperibadian yang kukuh hanya mendedahkan diri kepada lebih banyak stress dan kebosanan.
Hayatilah sebuah sabda, jika kita menjaga Allah, Allah akan menjaga kita. Tidak mengapa jika dipinggirkan, malah dilupakan...kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa lapang dan bahagianya kerana memiliki hati emas itu!"- Pahrol Mohd Juoi



Sebuah kehidupan kita juga akan berhadapan dengan berbagai-bagai macam karenah dan ragam manusia. Hidup kita akan selalu diuji dan kita perlu selalu bersangka baik dengan setiap apa yang berlaku. Hidup ini bukan medan untuk bertanding siapa lebih hebat, siapa lebih kaya, siapa boleh bercuti ke sana sini, siapa lebih cantik, siapa lebih pandai, siapa boleh buat kerja, siapa bodoh, siapa kaki bodek, siapa memiliki rumah besar, siapa boleh pakai berapa buah kereta, siapa boleh beli barang branded, siapa mempuyai anak ramai, siapa mempunyai hidup mewah,,dan lain-lain lagi..hidup ini untuk berkongsi apa yang kita ada pinjaman di dunia ini dengan orang lain..bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan untuk iri hati dan hasad dengki dengan kelebihan orang lain..rezeki yang Allah bagi kepada hambaNya tidak sama...rezeki juga bukan dalam bentuk harta sahaja..rezeki datang dalam pelbagai bentuk..eh..dah macam ustazah la pulak..macam lari bidang lak..hehe..sekadar ingatan untuk diri sendiri..kena selalu berfikiran positif..nasihat en suami macam tu la..






Tetiba teringat lagu kami..Lagu "Just the way you are" ni mengingatkan lagu latar slide show majlis kawin kami yang dihasilkan oleh Team Photoaura..


Ni la link dia kalau nak tengok:-

http://photoaura.net/blog/2011/01/12/izzah-hanim-hometown-kota-bharu-kelantan/


Wah dah panjang sangat tulisan saya kali ni..sebelum 2016 berakhir, saya nak kongsi hadiah yang paling win untuk tahun ni ialah ucapan di bawah:-


Ucapan ulangtahun kelahiran yang ke34 dari ayahanda tercinta..sungguh sayu dan syahdu..very deep..bonda macam biasa ucapan hari lahir melalui panggilan telefon pada jam saya dilahirkan iaitu 3.10 petang dan tak pernah missed..i am very blessed to have mum and dad like both of u..

Teringat tazkirah kat Ikim pesanan seorg Ustaz..tapi xingat nama lak.. tapi pesanan ni pun selalu ummi ayah ingatkan kepada kami adik beradik juga..walaupun dah berkeluarga nak pegi mana-mana bercuti ke holiday sekejap ke lama ke bagitahu la org tua terlebih dahulu..bukan mereka nak menyibuk ke apa nak tahu apa yang kita buat, tapi itu tanda kita menghargai mereka yang masih ada..betapa keciknya hati mereka jika mereka tahu daripada mulut orang lain..lagi kecewa zaman sekarang ni tengok dalam laman sosial saja..tengok2 anak2 dah berjalan jauh..kita tak akan pernah tahu hati seorang ibu macam mana..kadang2 hati sedih dengan perangai anak2 simpan dalam hati..bila tiba ketika menangis seorang diri..dah jadi ibu sekarang ni lagila boleh merasai benda-benda macam ni..satu saat nanti anak-anak dah besar saya akan selalu ingatkan pesanan ini agar tidak diabaikan begitu saja..

Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih baik macam kt bawah ni :-




Planner @ diary 2017 dari Prudential BSN Takaful pun baru je dapat..jom kita sama-sama plan ape yang sepatutnya untuk tahun 2017..belanjawan, holiday bersama keluarga, cuti raya dan lain-lain lagi..merancang itu perlu agar hidup kita lebih well organised..tetapi sebaik-baik Perancang ialah Allah Yang Maha Esa juga..semoga kita semua dalam rahmat Allah selalu hendaknya..inshaa Allah..





   
Smile Always..from Mummy Airish & Danish..

๐Ÿ’™Welcome 2017 ๐Ÿ’š



Wednesday, October 12, 2016

BUKAN SENANG NAK SENANG






Sedikit perkongsian kisah hidup saya..

Sebelum nak senang mcm sekarang ni memang bersusah-susah dahulu ...mksd sy senang tu hidup dalam keadaan serba sederhana..family pun serba sederhana juga..bukannya yang kaya raya tak pernah hidup susah..dulu-dulu masa time belajar kat UITM saya tinggal kat umah sewa..sebelum nak g kelas memang berjalan kaki dari umah keluar ke jalan besar lebih kurang 300meter..then amik bas UITM baru la sampai ke kelas..lebih kurang 2@3 tahun juga la melalui keadaan cmtu sehinggalah time sambung Honours baru la dapat merasa guna kenderaan sendiri ke kelas..tu pun kereta kancil sahaja..nak naik bukit memang semput..memang selalu kena potong ngan keta2 lain yg lebih canggih la..hehe..tu tak kira time belajar secondary school..ingat lagi time tingkatan 3..pegi sekolah tumpang keta cikgu sekolah..pagi2 bangun awal jalan kaki dari rumah tokma (skrg dah arwah) keluar jalan besar mayb dlm 300m gak..balik sekolah pun cmtu..cikgu tumpangkan sampai kt jalan besar dan jalan kaki masuk sampai rumah tokma..pernah pengalaman tinggal kat hostel sek menengah dato ahmad maher dalam 3bulan…mandi pagi2 kena cop baldi dlu kt dlm bilik air..bukan bilik air yg ada air pancut kt atas tu..tp toilet yang tmpt membuang air besar yang cangkung tu..sangkut tuala kt atas pintu tu n mandi…huhu..memang pengalaman betul la..pernah juga jalan kaki dari sekolah balik umah arwah tok ma..sbb dulu parents dok K Krai n sy ngan kakak n adik laki sulung x ikut..so kitaorg sekolah area kota bharu je la..berjauhan ngan parents juga la dalam 3tahun...memang pernah merasa waktu-waktu susah sama seperti orang lain..mungkin cara dan bentuknya berbeza skit...time belajar kt UITM pun pernah makan nasi berlaukkan keropok je...jangan tak pernah cakap la makan pun kena catu..makan maggi je time xcukup duit belanja...itu semua membuatkan kita lebih matang dn merasai kehidupan org yang tak berapa senang...


Dah graduate, nak sambung chambering kt Firm Manjit Singh..Firm dekat HQ, Kuala Lumpur time tu..umah lak kat Puchong..pagi2 naik monorel  STAR dari Seri Petaling ke Jalan Sultan Ismail..nak beli kereta sendiri nak bayar sendiri memang tak mampu lagi dengan allowance RM700 je time tu..smpai hujung2 nak hbs chambering barula ayah dgn baik hatinya offer utk beli kereta..monthly payment bayar separuh je..syukur Alhamdulillah..lega la skit time tu boleh bawa kereta sendiri ulang alik ke office..time dapat kereta sendiri tu dah berpindah ke Damansara n lepas tu ke Subang..


After hbs chambering terus retain kt firm Manjit..awal2 dlu firm Manjit kat Subang  baru sahaja buka cawangan utk Litigation..awal2 dlu memang hanya ada 1 staff n Boss dan juga saya..semua kerja pernah buat la…buat surat, lipat surat, tulis register, beli setem dan hntr surat kat post office..dan pernah pergi bank cari dokumen kt dalam bilik file, panjat kerusi nak amik file yg tinggi dalam compartment dia, photostat pula..skrg semua dah senang tak macam dlu2, nak proceed kes je client emel je document tu..semua dah di hujung jari.. bila business dah makin berkembang, dan staff pun bertambah maka tugas tu saya tak buat la lagi..kita buat la yang mana dalam scope of work lawyer..tp tak lari la buat photostat dan kerja-kerja perkeranian tu..tu memang tak boleh lepas tangan kat staff sahaja..sbb ade time urgent memang nak kita buat sendiri semua tu..tu semua pengalaman yang tak dapat kita kutip di mana-mana…semuanya bermula dari bawah…percayalah setiap dari kita pengalaman hidup tak sama…Cuma jangan la kita merasa dengki atau iri hati bila kita tengok dia semakin senang sekarang..mungkin hidup dia lebih teruk dan macam2 dia pernah buat sebelum menjadi dia yang skrg..kita perlu berlapang dada dan memahami situasi kita skrg di mana..salah kah jika dulu dia bersusah-susah dan skrg dia nk senang sbb hasil usaha dia tu, kita lak nk dengki dn iri hati? Manusia ni memang pelik..kalau senang dan berjaya pun tak puas hati, kalau susah dan tak berjaya pun tak puas hati juga..hmmm…


Memang bukan senang nak senang ni..kadang2 org selalu salah anggap bila tak tahu kisah kita yang pernah susah dulu..bukannya senang tu dtg sendiri..if nak senang dan berjaya dalam kerjaya atau hidup memang kena usaha..semua tak datang bergolek..kalau belajar, kena belajar bersungguh-sungguh..kalau bekerja lak, kena la bekerja bersungguh-sungguh..bukannya asyik menuding jari mencari salah orang sahaja..

Memang fitrah manusia senang buruk sangka pada orang lain. Apabila kita buruk sangka kepada orang yang punya kelebihan, ini pakej buruk sangka bersekali dengan dengki iri hati.Tak untung apa-apa pun kita buruk sangka dan dengki dengan orang. Buat penat otak je fikir. (copy paste Syhr Musafir) They're happy so kita patut tumpang happy. Kalau tak, hati demo keno berobat. (copy paste Catriona Ross)

"Goodness is about character- integrity, honesty, kindness, generosity, moral courage, and the like. More than anything else, it is about how we treat people".











Akhir kalam, walau betapa baik atau buruk sekalipun layanan orang terhadap kita, pujuklah hati kita agar terus berkelakuan baik terhadapnya. Berilah segala kebaikan yang kita ada. Bantu sesiapa sahaja. Maafkan mereka meskipun hati kita terasa begitu pedih sekali. Percayalah, dengan memberi, tidak ada apa yang kita rugi. Pujuklah hati kita agar terus ikhlas dalam semua perkara.

"Mahukah aku ceritakan kepadamu tentang sesuatu yang menyebabkan Allah akan memuliakan binaan dan meninggikan darjatmu?"

Para Sahabat menjawab, "Tentu sahaja, wahai Rasulullah."

Rasul bersabda lagi, "Kamu bersikap sabar kepada orang yang membencimu, memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang memusuhimu, dan menghubungi orang yang telah memutuskan silaturrahim denganmu." (Riwayat Tabarani)

Tuesday, January 5, 2016

*Lawyer's Life & Homemade Food- Enjoy It*

~Sweet Sour 2014  & 2015~

Alhamdulillah masih lagi bernafas untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ini..

Bila fikir2 nak berhenti kerja pun ada..penat dah kerja ngan orang..rasa nak duduk rumah jaga anak2 dn membesarkan anak2 di depan mata..nak cita rutin harian yang begitu padat keja kat legal firm..biasa pagi2 pegi court..xkisah la kes kat mana..kuala lumpur n shah alam memang rutin biasa..dulu2 time bujang ade la g court seremban, sepang..tapi xde la smpai outstation..alhamdulillah boss pun xhantar g jauh2..kalau xg court, biasa g Land Office..ada kes siasatan lelong..masuk office dalam tengahari tu terus tak menang tangan buat keje..bersambung-sambung keje..macam robot buat keje..sekejap2 rehat utk solat je la..hurmm..memang betul la org cakap keje kt dunia ni memang xkan habis dan tak putus2..bila mati nanti barula xfikir pasal keja..walau apapun keje mesti ikhlas dan kena penuh dedikasi..kalau diikutkan tahun 2014 ni dah masuk tahun ke 8 keja kt Manjit Singh..kalau cmpr dengan chambering 9 tahun la berada di firm ni..huh lama jugak tu..tapi dalam period tu pernah resign setahun la..konon2 nak buat conveyancing..tapi jiwa xleh nak masuk dgn keje2 convey ni..plus boss panggil balik keje ngan dia..gaji yang ditawarkan xde la tinggi kalau nk compare dgn kwn2 yg sama usia tu..tapi itu tak penting..yang penting kita selesa bekerja kt sini dan buat benda yang kita suka..niat utama bekerja hanya utk membantu suami dan ada pendapatan sendiri..yang duit banyak masuk ke tidak itu dah no 2..buat ape kalau gaji beribu2 tapi lewat malam baru balik..masa ngan family terabai..

Office hour 8.30 am hingga 6.00 pm macam xcukup je..memang nak balik umah on time tak boleh je...sampai2 rumah pun dalam kul 7lebih..nak amik anak2 lagi..balik rumah nak fikir nak masak ape lagi..kadang2 badan dah letih..malam nak main ngan anak2 pun rasa tak cukup masa..memang jalan kt Msia ni selalu jammed..tu yang stress skit..terfikir jugak kalau keja kt luar negara mesti tak hadapi sgt masalah jammed ni..

~xsempat nak sambung n publish pun nukilan ni..skrg da hbs 2015..

~Sweet Sour 2015~

Its been a long time i didnt update my blog. Year 2015 was a very hectic and challenging year for me..but it’s give me more strength and gud experience as i am looking forward to improve myself in any area of life..its like to be a superwoman its not an easy task..but i think 80% i did achieve..just support myself of dat percentage..

But instead of dat i love to b wife, a mother, a daughter, a worker, a sister and etc at the same time..nikmat mana lagi yang hamba-Mu ini harus dustai..

Ya Allah kami hanya hamba-Mu yang amat lemah..setiap apa yg kami lakukan hanyalah mengharapkan redha-Mu..setulus hati dan jiwa hanya bergantung kepada rahmat-Mu..tak mampu kami hidup jika tiada lagi kasih sayang-Mu..setiap kali kami bersujud hanyalah mengharapkan ampunan-Mu atas dosa-dosa kami yang sengaja kami lakukan atau tidak disengajakan..Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah..

Itula bila fikir pasal keje jadi lawyer ni terutamanya mcm sy ni..mmg nk selalu benda yg perfect je..pernah stress ngn staff n chambering buat keje  if sapa yg pernah terbaca pasal status sy kt facebook pada Nov 2,2015..




" Comey sungguh surat dr Bar Council ni kena color ngn kakak Airish..dia ingt coloring books dia agaknye..hehe..nasib baik la bkn surat dr client..klau x haru biru dibuatnye..hari tu pun original contract of sale utk auction tu da kena bw ngn bibik g umh mak mertua..siap blh ckp sy ingtkn buku coloring kakak..mmg xrupa buku coloring langsung la..xde ape pun yg blh color sbb semua huruf2 je..hehe..
Actually just nk share something je kt sini ..Practising Certificate (PC) utk year 2016 da ready pun utk collect..mksdnye da 8yrs da jadi peguam ni..next year nk msk thn ke9..terfikir sejenak smpai bila la nk practice ni..tp fikir2 blk keje ni la yg sy pandai buat..keje lain mmg xpndai dh..
Tapi jadi lawyer ni bukan keje yg mudah..bukan boleh relax goyang kaki tnggu nk sign surat atau docs je..mental n fizikal kena kuat..kena betul2 teliti n perfect la..mistake tu mmg very minimum sgt..xboleh buat keje sambil lewa je..setiap aspek kena ambil berat bkn bt acuh xacuh n cincai2 je..tu yg kdg2 staff @chambering xfhm..any mistake atau kecuaian staff lawyer yg akan tanggung..bkn setakat kena jwb ngn boss, nk jwb ngn client lg..pegi court kena marah ngn hakim, magistrate, atau pendaftar..kdg2 tu ngn staff court pun kena marah..xth buat keje ke..xpernah buat ke..itu asam grm dlm bekerja..tp for me attitude kita dlm bekerja melambangkn siapa diri kita..its not easy to be a gud lawyer..kdg2 kita xsempat nk check semua benda, xingt semua benda..tp kita mengharapkn hasil keje dr staff @chambering tu proper la..ikut arahan n double check dlu b4 bg kt lawyer utk check..klau bnyk sgt amendment mmg ade masalah la sy rasa..cuba kita fikir utk memudahkan keje org insha Allah nanti Allah akan permudahkan keje kita..itu je..keje mmg kena bersungguh n buat sehabis baik baru la hasilnye pun bagus..
Walaupun kdg2 fikir keje yg kita buat x setimpal ngn gaji yg kita dpt tp semua tu kena letak tepi, yg penting kena ikhlas..klau gaji mahal pun kita asyik xckup duit xguna juga kan..n sy masih lagi stay bekerja dgn firm skrg dr chambering hingga la skrg..hopefully blh bekerja dgn lebih cemerlang lagi..walaupun bnyk kekurangan tp sy pasti setiap apa yg kita lakukan dgn ikhlas pasti ada ganjarannya..
Dan yg plg penting sekuat mana kita keje pun solat jangan tinggal..keberkatan rezeki tu jgn lupa.."


Its really2 true nak ubah perangai dan attitude seseorg itu mmg sukar dan rumit...walaupun bnyk kali kita nasihat tapi kalau kesedaran tak lahir dari dalam diri memang sekejap je dia akan berubah..saya memang amat cerewet bila fikir pasal keje..saya nak semua org berpuas hati dengan hasil kerja yang kita buat..sama la juga kita mengharapkan org boleh bagi keje yg baik juga utk kita..semoga tahun 2016 ni memberi azam baru utk kita sama2 berubah menjadi pekerja yang baik dan yg plg utama hamba Allah yang taat pada perintah-Nya..

Tapi pengalaman handle kes yg ni plg best utk dikenang yg sy update kt FB pada Dec 9, 2015:-

" Saje nak share pengalaman handle kes client. Alhamdulillah lega sangat dapat menolong seorang Pelanggan Bank semalam. Pelanggan ni dari last week call office merayu-rayu untuk pihak Bank tarik tindakan untuk lelong rumahnya. Pada kebiasaannya memang saya akan nasihatkan apa-apa rayuan atau settlement kena bincang dengan pihak Bank. Dalam kes ini auction dilakukan di Mahkamah Tinggi. Procedure di Mahkamah Tinggi, 2 minggu sebelum tarikh auction, peguam harus submit kesemua dokumen yang berkaitan dan court deposit 3% dari harga rezab property yang hendak dilelong. Dalam kes ini 3% ialah RM9000 dan pihak Bank telah membuat bayaran kepada peguam. Setelah mendengar masalah yang dihadapi oleh pihak Pelanggan dan juga mendapat penjelasan dari pihak Bank apa yang berlaku dengan status file dia saya rasa perlu adil terhadap kedua-dua pihak. Oleh itu saya menelefon Pelanggan dan menerangkan kaedah apa yang perlu dilakukan dan saya akan tangguhkan pemfailan kesemua dokumen di Mahkamah sehingga bayaran yang dibuat oleh Pelanggan memuaskan hati pihak Bank. Sementara dokumen yang hendak disubmit kepada Court masih pending saya rasa Pelanggan masih ade peluang untuk membuat rayuan dan bayaran kepada pihak Bank. Semalam memang hari terakhir saya bagi peluang untuk Pelanggan buat bayaran kepada pihak Bank dan kesemua dokumen ready untuk disubmit. Saya masih berharap kes ini dapat ditarikbalik memandangkan tunggakan Pelanggan tidaklah banyak. Oleh kerana pihak Bank masih tidak memberikan arahan withdraw saya perlu juga submit dokumen smlm. Dan saya memang akan ambil tanggungjawab untuk submit dokumen file Pelanggan ini sendiri kat court tnpa perlu bagi dispatch yang buat. Memang Pelanggan amat bernasib baik kerana on the way sy g court Bank call sy tny status file berkenaan dah submit ke belum. Saya bgth la jap lagi akan file. Gembira rasa hati bila Bank bgth xperlu file sbb Bank akan tarik balik kes ini. Syukur Alhamdulillah. Rasa lega sangat dapat berlaku adil untuk kesemua pihak. Maka selamat la rumah Pelanggan daripada dilelong dan duit RM9000 boleh dikembalikan kepada Bank dalam masa terdekat.."smile emoticon


Tapi pengalaman tak best hujung2 tahun 2015 pun ade juga..sampaikan xboleh tido asyik dok fikir benda tu..nak pecah kepala dibuatnya..bw balik umah buat keje tu...jadi private investigator pun boleh juga sbb nak pastikan siapa yang betul buat silap untuk kes tu..huhu...memang haru satu dunia rasenya..n till now still xselesai lg kes ni..hopefully boleh diselesaikan secara win win situation la.lawyer yg jadi org tengah ni mmg tersepit je kekdahnya...tapi itu la hakikatnya keje dlam bidang ni..semua kena hadap n tempuh je...

"Dengan doa, kita mengharap sebaik-baik tadbir. Tadbir yang baik, akan menggamit takdir yang baik. Allah tidak akan mengecewakan hamba-Nya."-Ustaz Pahrol Mohd Juoi
"Sekiranya kita berbuat baik kerana mengharapkan ganjaran, pembalasan dan ucapan terima kasih daripada manusia, tentu kita akan keewa kerana umumnya manusia memang tidak pandai berterima kasih apalagi untuk membalas budi. Memang, buat baik dibalas baik, tetapi bukan semua kebaikan dibalas di sini (dunia), ada yang Allah simpan di sana (akhirat)."-Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Sebenarnya kalau nak cite keja kt office memang tak habis2 la..balik kt umah pun keje xhbs2 juga..biasa if balik keje kalau xperlu amik anak2 kt umah mak mertua mesti cepat2 masak nasi dlu..bw kuar lauk rendam air dlu..sy ni memang jenis tak suka minta tolong bibik utk buat ape2 if da masuk dapur..kupas bwg sendiri, potong sayur sendiri...buat dari A-Z la..bawang tu kalau sempat kupas bnyk2 time weekend..blend bwg siap2..lagi jimat masa kan..tp if weekend xde kt umah bnyk prog kt luar mmg xsempat la..time nk masak weekdays la baru kupas semua bagai..hehe..bibik ni tugas dia hanya kemas lepas sy siap masak...if sempat cuci bhn2 yg sy guna time nk masak sy cuci sendiri la..ye la biasa dalam setengah jam je da siap masak...lauk pun yg biasa2 makan je..yg senang2 nk masak je..takde la nak berlemak sgt pun.. en husband pun xsuka sgt..perut en husband da makin besar sbb asyik kena pksa makan nasi juga mlm2...hehe.. nak diet pun xboleh...

Jom layan sebahagian drpd lauk2 dinner yg simple n biasa2 (yang mana sempat amik gmbar la), lauk org kelate yg biasa sy masak time weekdays n weekend..

                                                           kuew teow grg

                                                        resipi baru 1st try ayam phad phet

                                                                      pea sprout

                                                             nasi lemak in da house

                                           nasi berlauk gulai kuning ikan bfast on weekend

                                                        cendawan grg

                                                      ikan masak  kicap n  udang grg

                                                  sup ikan selar kuning lauk org pantang

                                               ikan keli sambal hijau favourite hubby

                                                ketam msk smbl merah favourite sy


 
udg n sotong grg ngn tepung gogi, ikan keli sweet sour

                                                               singgang ikan

udang masak lemak kuning


                                                     Bihun goreng time raya haji


Kuzi ayam menu raya haji

                                                         syr bendi n ikan bwl grg

                                             telur msk kicap n syr cmpur, sambal pauh ummi

Hehehe mmg lauk2 biasa je kan..asalkan masak n perut kenyang syukur alhamdulillah...rezeki masing2 tak sama kan..buat je selagi mampu n terbaik...msa bulan puasa dlu pun masak2 juga..tapi gmbr xsempat amik kot...ade skit2 yg kt dlm FB je..mls lak nk mencari..hehe..lauk bulan puasa lg sedap kot..nasi tomato, nasi ayam...udang butter prawn..udang salted egg...hehe...

Best juga baca tajuk terbaru tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi Muslim Vs Samurai dlm blog Genta Rasa:-
“Saya pernah mendengar cerita betapa para isteri mereka berasa malu sekiranya suami pulang awal daripada bekerja berbanding suami jirannya yang masih belum pulang. Saya juga mendengar cerita betapa mereka yang diberhentikan kerja berasa sangat malu menjadi penganggur. Itu satu kehinaan. Hinggakan mereka tetap keluar dari rumah pada hari bekerja seolah-olah mereka masih bekerja. Mereka malu dengan keluarga. Mereka malu dengan jiran dan masyarakat jika menganggur.”
“Wah, hebat! Kagum saya,” ujar saya sambil mengangguk-angguk kepala.
“Mengapa mereka begitu komited dengan kerja walaupun pegangan agama mereka longgar dan ada dalam kalangan mereka yang tidak menganut mana-mana agama pun?” soalnya tiba-tiba.
Belum sempat saya menjawab, dia bertanya lagi, “sedangkan ramai orang Islam sendiri malas bekerja, bersikap ‘cincai’, dan suka bertangguh. Mengapa?”
Saya diam. Terkesima juga apabila ditanya bertubi-tubi begitu. Setelah berfikir sejenak, saya bersuara perlahan, “semua itu kerana mereka sangat berpegang, pertama dengan etika kerja. Dan kedua, dengan budaya bangsa. Kedua-duanya dihayati dan diamalkan secara bersepadu.”
“Budaya? Etika?” tanyanya perlahan. Kelihatan dia berasa hairan.
“Mutu kerja mereka yang baik dibentuk oleh etika kerja mereka. Setiap kerja ada etikanya. Apabila etika kerja itu dipatuhi maka terhasillah kerja yang efektif dan efisien.”
Melihat dia terdiam, saya menyambung lagi, “satu faktor lagi, setiap bangsa juga ada keistimewaannya tersendiri. Itu kurniaan Allah kepada setiap bangsa. Bangsa Cina terkenal rajin. Arab, tahan lasak dan menghormati tetamu. Sepanyol, Portugis dan Inggeris terkenal berani dan berjiwa besar. Yahudi, bijak dan licik. Melayu sopan-santun dan lemah kembut. Manakala bangsa Jepun pula terkenal kerana kegigihan dan semangat juangnya yang tinggi. Sifat-sifat baik yang sudah serasi dan sebati oleh sesuatu bangsa itu jika terus disuburkan akan berakar umbi hingga menjadi budaya.
“Oh, begitu. Jadi sifat-sifat baik manusia itu boleh terbina oleh etika kerjanya dan budaya bangsa tersebut?” dia merumuskan seakan satu pertanyaan.
Saya hanya mengangguk."
Rasanya dah panjang juga tulis ni..nk sambung buat keje yang mana boleh buat..insha Allah bila ada ruang waktu boleh jmpa lagi di entry yang seterusya..
Saya akhiri dengan kata-kata ini:-
" Gunakan segala kekuatan kita untuk mendapat bantuan Allah. Namun jangan lupa berdoa kepada Allah untuk membantu kita meraih bantuan-Nya. Kekuatan kita, hanya dengan mengaku lemah di hadapan Allah. Dengan kelemahan itulah kita akan diberi kekuatan oleh Allah untuk mendapat bantuan-Nya. Hakikatnya, kita mesti dibantu untuk mendapat bantuan-Nya.  Ya Allah, jangan serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata! Aminn,"-Pahrol Mohd Juoi, buku Seraut Kata, Selaut Rasa.

20.9.2015

                                                               20.12.2015

                                                                 
                                                 Wan Nur Airish Qaleesya


Wan Ahmad Danish Qaiser

~Luv my family so much..muahhhhsss~

Thursday, March 13, 2014

Kehilangan MH370...

Saya rasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu tentang kehilangan MH370..pertama kali mendapat berita tentang kehilangan pesawat MAS MH370 ialah melalui whatsapp family yang dihantar oleh adik saya, Muhammad pada pagi Sabtu, jam 8.49pagi..Ya Allah sungguh terkejut dan terpaku seketika, rasa macam tak percaya..berdebar2 dan xth nak digambarkan perasaan pada ketika itu..ditambah lagi apabila mengetahui flite MH370 merupakan penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing..perasaan lagi tersentak dan takut..ini kerana saya dan adik beradik akan bercuti di Beijing juga pada bulan 4 nanti..aduhh rasa macam nak cancel je trip ini..tapi perkara ini tak penting untuk diceritakan..ape yg saya ingin kongsikan selepas ini adalah menjadi keutamaan dalam coretan kali ini..

Saya amat tertarik sekali dengan coretan ini..

Sesuatu ketentuan untuk diinsafi

MH370: Warkah tulus kepada YAB PM dan MAS

MAR 09, 2014 MOHD IHSAN FADHLI CHE MIN
#PrayForMH370

Assalamualaykum warahmatullah wabarakatuh 

Malaysian Airlines (MAS) dan YAB Datuk Seri Najib Razak.

Malaysia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dua bulan lalu, beberapa negeri dilanda banjir teruk. Dua minggu lalu, Sabah pula diserang banjir sedangkan kemarau, kebakaran, dan jerebu di Semenanjung masih belum berakhir. Kini, kita semua diuji dengan tragedi maha mendukacitakan semua pihak, pesawat mega milik penerbangan kebanggaan kita, Malaysia Airlines MH370 hilang tiba-tiba. Peristiwa ini hanya beberapa minggu selepas MAS diumumkan rugi sejumlah bilion ringgit. Ia mengundang sedih dan duka kepada ribuan waris mangsa bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bahkan mungkin, seluruh umat dunia sedang meratapi peristiwa malang ini.

YAB Datuk Seri dan MAS yang sangat saya kasih dan cinta.

Saat musibah pastinya tidak kita sukai. Namun musibah dan ujian pasti akan tiba. Kita pasti sedang bingung mencari jalan keluar. Setelah segala aset dan usaha dikerah, buntu masih menjadi penyudah. Klu-klu hanya tinggal klu. Lidah kita juga semakin kelu.

Di dalam Islam, ada jalan keluarnya tatkala buntu melitupi.

Hadis Riwayat Imam Muslim ada menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua batu. Mereka tidak ada upaya untuk keluar melainkan dengan kudrat dan izin yang Allah Maha Kuasa. Mereka bertiga akhirnya bertawaasul dengan amal kebaikan masing-masing. Individu pertama dengan amal baik kepada ibu bapanya. Individu kedua dengan imannya meninggalkan zina ketika sekujur tubuh jelita terhidang indah. Individu ketiga dengan amanahnya terhadap hak orang lain. Pintu gua akhirnya terbuka, dan mereka berjaya keluar dari buntu.

MAS dan Datuk Seri, saya yakin, tidak sedikit amal baik yang telah dilakukan oleh YAB Datuk Seri dan MAS. Di samping usaha mencari, menjejak dan menyelamat, memohon doa dan solat hajat, bertawasullah dengan amal-amal itu.

Seterusnya, saya dengan rendah hati, memohon jasa baik MAS dan Datuk Seri selaku ketua kerajaan dan ketua eksekutif Malaysia agar melakukan nazar untuk berhasrat agar MAS tidak lagi menghidangkan minuman keras serta tidak lagi menghalang bahkan menggalakkan kakitangan dan krew kabin agar menutup aurat. Saya yakin, dengan tekad ini, belas ihsan Allah S.W.T mudah menyantuni kita dan memudahkan urusan kita. Orang awam juga boleh turut melakukan nazar dan berpuasa agar tragedi ini berakhir dengan baik. Semoga kerugian dan defisit tidak lagi menghantui MAS dengan berkat dan rahmat Allah.

Satu hadis lain yang sangat inspiratif menceritakan tentang perihal Ummu Salamah yang sedang berduka dan kematian suaminya yang tercinta.

Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam datang kepadanya dan mengurniakan seuntai doa yang berbunyi :
(ุงู„ู„ู‡ู… ุฃَุฌِุฑْู†ِูŠ ู…ِู† ู…ُุตِูŠุจَุชِูŠ ูˆَุฎْู„ُูْู†ِูŠ ุฎَูŠุฑََุง ู…ِู†ู‡ุง)

Ya Allah, ganjarkan kami (pahala) dengan musibah in dan gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik darinya.

Ummu Salamah seakan tidak meyakini doa tersebut lantaran Abu Salamah adalah seorang yang sangat baik. Pasti tidak ada pengganti sebaik arwah. Manakala dirinya juga sudah semakin berumur bahkan janda, maka pastinya tidak ada lelaki kacak yang baik akan terpikat dengannya. Namun, berkat doa tersebut, Allah memperkenankan doa Ummu Salamah. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam meminang Ummu Salmah dan mengahwininya. Siapa yang lebih baik dari Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam?

Semoga musibah ini diganti Allah dengan sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia dan dunia.

Semoga hati yang sedang berduka kini ditenangkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Semoga isi warkah ini ada manfaatnya kepada kita semua.

Salam Kedamaian.


Sungguh menyentuh perasaan..ada kebenarannya juga..sesuatu yang harus kita fikir dan renung-renungkan..


Di kala ini juga kita semua pasti baru mendengar nama Kapten Noruddin Abd Majid, bekas juruterbang B777 Fleet MAS yang pendekatannya mengenai peristiwa kehilangan MH370 amat berbeza sekali dengan pandangan pakar2 penerbangan yang lain..



"Allah menghantar peristiwa #MH370 agar kita kembali kepadanya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya."





Ya betul Kapten..kita semua perlu kembali kepada Pencipta..

"Di mana sains berakhir, di situ kekuasaan Allah bermula."

Sains ialah sunnatullah/hukum alam ciptaan Allah. Alam ini berjalan mengikut hukum-hukum yang Allah sudah tetapkan seperti "Api itu panas". Namun Allah sebagai pencipta berkuasa untuk melakukan sesuatu yang melangkau sunnatullah dan juga akal manusia.

Contoh kisah Nabi Ibrahim dibakar. Apinya tidak panas. Begitu juga yang berlaku hari ini. Teknologi digunakan untuk mencari#MH370. Secara hukum alamnya, pasti boleh dijumpai. Namun jika Allah katakan tidak, maka tidak siapa mampu melawan kehendak Allah.

Manusia hari ini taksub kepada sains sehingga lupa akan pencipta sains itu sendiri. 

Kapten Norudin Abd Majid


Selain itu juga saya juga amat tertarik dengan perkongsian ini..

“Solat taubat dulu, baru solat hajat.... Mengabdikan diri dulu, baru meminta... Adabnya begitulah. Kembali kepada Allah itu bukan sekadar doa dan harapan, tetapi kembali mentaati perintah dan meninggalkan larangan...”-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

“Subhanallah, hikmah di sebalik musibah MH370, ummah saling doa mendoakan. Moga diperkuatkan iman kita semua khusus buat saudara kita yang sedang berhadapan situasi ini.”- Ustaz Zahazan Mohamed

“Tingkat akal manusia terlihat dalam ucapannya. Siapa yang suka berbicara tanpa pertimbangan, atau menyebarkan berita tanpa usul periksa, maka ini pertanda lemah akalnya. Penyair Arab berkata: ‘(ุฅุฐุง ุชู… ุนู‚ู„ ุงู„ู…ุฑุก ู‚ู„ ูƒู„ุงู…ู‡ ... ูˆุฃูŠู‚ู† ุจุญู…ู‚ ุงู„ู…ุฑุก ุฅุฐุง ูƒุงู† ู…ูƒุซุงุฑุง) Jika sempurna akal seseorang, pasti sedikit kata-katanya. Yakinlah dengan kebodohan seseorang apabila ia banyak berbicara.’” Ustaz Umar Muhammad Noor

Insiden #MH370 sudah memasuki hari kelima. Kita; Muslimin dan Muslimat usah berhenti mendoakan kesejahteraan para krew, penumpang dan semua yang berusaha dalam operasi mencari. Doa senjata orang Mukmin.

#prayforMH370
#doakanMH370



Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..ade pengajaran dan iktibar yang kita boleh ambil dari peristiwa kehilangan pesawat MH370 ini..pasti ada perkara yang mengundang murka Allah yang telah kita lakukan...kerana semua perkara yang berlaku adalah dalam kekuasaannya..kita hanyalah hamba..sehebat mana kita kepada Allah jua kita kembali..

Mungkin ini isyarat dari Allah, mungkin pihak ASTRO dan media network yang lain boleh mengurangkan program hiburan yang melalaikan, pihak yang bertanggungjawab menetapkan satu tatacara berpakaian yg sopan kpd artis-artis yang beragama Islam, pramugari2 beragama Islam yang bertugas dengan syarikat penerbangan diwajibkan untuk menutup aurat dan mengerjakan solat di awal waktu walaupun terpaksa duduk di kerusi kapalterbang semasa bertugas...

Semuanya pasti indah dan cantik jika kita semua hidup berlandaskan syariat Allah, patuh pada ajaran agama Islam..pemimpin-pemimpin negara terutamanya perlu berubah ke arah kepimpinan secara Islam, hidup cara Islam yg sebenar barulah rakyat dapat mengikut dan mencontohinya..insyaallah..

Apa2 pun, terus la kita berdoa. Kalau benar berlaku kemalangan moga segera Allah temukan kita dgn kesan2nya. Kalau ada org berniat jahat moga Allah gagalkan perancangan2 mereka.

Ameen..


#PRAYFORMH370


Sebelum mengakhiri coretan ini, jom kita hayati lirik lagu Al-Haq Mawi feat AC Mizal

(AC Mizal)
Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
Tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.

(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.

Ya Allah x2,
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.

(AC Mizal)
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita

(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.

Ya Allah x2,
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.

(AC Mizal)
Allah akhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja,
Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/09/lirik-lagu-al-haq-yang-satu-mawi-ac.html#ixzz2vpgETnax


Pesanan dari Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff di dalam FBnye:

"Jangan beri Allah berpaling daripada kita.Carilah keredhaan Allah kerana ia kebahagiaan hakiki."

"Di antara tanda berpalingnya Allah SWT dari seorang hamba adalah Allah SWT menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya."