BUKAN SENANG NAK SENANG






Sedikit perkongsian kisah hidup saya..

Sebelum nak senang mcm sekarang ni memang bersusah-susah dahulu ...mksd sy senang tu hidup dalam keadaan serba sederhana..family pun serba sederhana juga..bukannya yang kaya raya tak pernah hidup susah..dulu-dulu masa time belajar kat UITM saya tinggal kat umah sewa..sebelum nak g kelas memang berjalan kaki dari umah keluar ke jalan besar lebih kurang 300meter..then amik bas UITM baru la sampai ke kelas..lebih kurang 2@3 tahun juga la melalui keadaan cmtu sehinggalah time sambung Honours baru la dapat merasa guna kenderaan sendiri ke kelas..tu pun kereta kancil sahaja..nak naik bukit memang semput..memang selalu kena potong ngan keta2 lain yg lebih canggih la..hehe..tu tak kira time belajar secondary school..ingat lagi time tingkatan 3..pegi sekolah tumpang keta cikgu sekolah..pagi2 bangun awal jalan kaki dari rumah tokma (skrg dah arwah) keluar jalan besar mayb dlm 300m gak..balik sekolah pun cmtu..cikgu tumpangkan sampai kt jalan besar dan jalan kaki masuk sampai rumah tokma..pernah pengalaman tinggal kat hostel sek menengah dato ahmad maher dalam 3bulan…mandi pagi2 kena cop baldi dlu kt dlm bilik air..bukan bilik air yg ada air pancut kt atas tu..tp toilet yang tmpt membuang air besar yang cangkung tu..sangkut tuala kt atas pintu tu n mandi…huhu..memang pengalaman betul la..pernah juga jalan kaki dari sekolah balik umah arwah tok ma..sbb dulu parents dok K Krai n sy ngan kakak n adik laki sulung x ikut..so kitaorg sekolah area kota bharu je la..berjauhan ngan parents juga la dalam 3tahun...memang pernah merasa waktu-waktu susah sama seperti orang lain..mungkin cara dan bentuknya berbeza skit...time belajar kt UITM pun pernah makan nasi berlaukkan keropok je...jangan tak pernah cakap la makan pun kena catu..makan maggi je time xcukup duit belanja...itu semua membuatkan kita lebih matang dn merasai kehidupan org yang tak berapa senang...


Dah graduate, nak sambung chambering kt Firm Manjit Singh..Firm dekat HQ, Kuala Lumpur time tu..umah lak kat Puchong..pagi2 naik monorel  STAR dari Seri Petaling ke Jalan Sultan Ismail..nak beli kereta sendiri nak bayar sendiri memang tak mampu lagi dengan allowance RM700 je time tu..smpai hujung2 nak hbs chambering barula ayah dgn baik hatinya offer utk beli kereta..monthly payment bayar separuh je..syukur Alhamdulillah..lega la skit time tu boleh bawa kereta sendiri ulang alik ke office..time dapat kereta sendiri tu dah berpindah ke Damansara n lepas tu ke Subang..


After hbs chambering terus retain kt firm Manjit..awal2 dlu firm Manjit kat Subang  baru sahaja buka cawangan utk Litigation..awal2 dlu memang hanya ada 1 staff n Boss dan juga saya..semua kerja pernah buat la…buat surat, lipat surat, tulis register, beli setem dan hntr surat kat post office..dan pernah pergi bank cari dokumen kt dalam bilik file, panjat kerusi nak amik file yg tinggi dalam compartment dia, photostat pula..skrg semua dah senang tak macam dlu2, nak proceed kes je client emel je document tu..semua dah di hujung jari.. bila business dah makin berkembang, dan staff pun bertambah maka tugas tu saya tak buat la lagi..kita buat la yang mana dalam scope of work lawyer..tp tak lari la buat photostat dan kerja-kerja perkeranian tu..tu memang tak boleh lepas tangan kat staff sahaja..sbb ade time urgent memang nak kita buat sendiri semua tu..tu semua pengalaman yang tak dapat kita kutip di mana-mana…semuanya bermula dari bawah…percayalah setiap dari kita pengalaman hidup tak sama…Cuma jangan la kita merasa dengki atau iri hati bila kita tengok dia semakin senang sekarang..mungkin hidup dia lebih teruk dan macam2 dia pernah buat sebelum menjadi dia yang skrg..kita perlu berlapang dada dan memahami situasi kita skrg di mana..salah kah jika dulu dia bersusah-susah dan skrg dia nk senang sbb hasil usaha dia tu, kita lak nk dengki dn iri hati? Manusia ni memang pelik..kalau senang dan berjaya pun tak puas hati, kalau susah dan tak berjaya pun tak puas hati juga..hmmm…


Memang bukan senang nak senang ni..kadang2 org selalu salah anggap bila tak tahu kisah kita yang pernah susah dulu..bukannya senang tu dtg sendiri..if nak senang dan berjaya dalam kerjaya atau hidup memang kena usaha..semua tak datang bergolek..kalau belajar, kena belajar bersungguh-sungguh..kalau bekerja lak, kena la bekerja bersungguh-sungguh..bukannya asyik menuding jari mencari salah orang sahaja..

Memang fitrah manusia senang buruk sangka pada orang lain. Apabila kita buruk sangka kepada orang yang punya kelebihan, ini pakej buruk sangka bersekali dengan dengki iri hati.Tak untung apa-apa pun kita buruk sangka dan dengki dengan orang. Buat penat otak je fikir. (copy paste Syhr Musafir) They're happy so kita patut tumpang happy. Kalau tak, hati demo keno berobat. (copy paste Catriona Ross)

"Goodness is about character- integrity, honesty, kindness, generosity, moral courage, and the like. More than anything else, it is about how we treat people".











Akhir kalam, walau betapa baik atau buruk sekalipun layanan orang terhadap kita, pujuklah hati kita agar terus berkelakuan baik terhadapnya. Berilah segala kebaikan yang kita ada. Bantu sesiapa sahaja. Maafkan mereka meskipun hati kita terasa begitu pedih sekali. Percayalah, dengan memberi, tidak ada apa yang kita rugi. Pujuklah hati kita agar terus ikhlas dalam semua perkara.

"Mahukah aku ceritakan kepadamu tentang sesuatu yang menyebabkan Allah akan memuliakan binaan dan meninggikan darjatmu?"

Para Sahabat menjawab, "Tentu sahaja, wahai Rasulullah."

Rasul bersabda lagi, "Kamu bersikap sabar kepada orang yang membencimu, memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang memusuhimu, dan menghubungi orang yang telah memutuskan silaturrahim denganmu." (Riwayat Tabarani)

Comments

Popular posts from this blog

Sayangilah Suami Anda~~

Rooms for Rent @ Solaris Dutamas^^

SEBUAH KEHIDUPAN