Bila Seksi Di Dunia Seksa Di Akhirat~~

Terpanggil untuk memberi sedikit komen berkaitan dengan isu tentang seorang artis yang mengatakan bahawa "berpakaian seksi itu hak dia, orang lain jangan sibuk jaga tepi kain dia".

Pada pandangan saya mungkin dia terlupa bahawa dia seorang artis yang beragama Islam, menjadi perhatian orang ramai. Sebagai orang Islam, dia sepatutnya sedar dan tahu etika berpakaian yang dianjurkan oleh Islam, bukannya sesuka hati ingin dan boleh memakai apa sahaja yang dia suka di khalayak ramai. Kalau dia boleh pakai sesuka hati dan mengatakan hak dia untuk berpakaian seksi, dia sepatutnya berada di bumi dia sendiri, bukan bumi ciptaan Allah. Kalau dia fikir berpakaian seksi itu hak dia, cuba dia fikir, bolehkah dia sesuka hati menghidupkan diri sendiri dan mematikan diri sendiri dengan menggunakan remote control? Remote control pun tak ade kan. Kalau boleh dia menghidupkan dan mematikan diri sendiri, barulah dia boleh mengatakan bahawa hak berpakaian dan anggota badan dia adalah hak dia. Kalau tak boleh, maksudnya dia seorang manusia ciptaan Allah dan tubuh badan dia adalah hak yang perlu dijaga mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah. Kepada artis wanita tersebut ingatlah kata-kata ini:-

" Jangan terlalu sombong kecuali jenazah kita boleh bergolek masuk sendiri ke dalam kubur"


Seksi mu itu bukan menempah jalan ke syurga tetapi ke neraka. Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya untuk berubah seperti penghijrahan yang dilakukan oleh adiknya. InsyaAllah..

Sebenarnya, kalau dilihat artis di Malaysia yang beragama Islam bukanlah dia seorang yang memakai pakaian seksi sebegitu. Ramai sangat. Sampai dah tak sanggup nak tengok dan sakit mata dibuatnya. Mengapa perkara sebegini boleh terjadi?? Faktor utama ialah kerana tiada peraturan yang ditetapkan oleh pihak berwajib untuk artis Melayu Islam berpakaian di khalayak umum.Mengapa pemimpin kita tidak boleh menegur dan mengambil tindakan tegas terhadap artis yang sewenangnya berpakaian seksi sebegini? Cuba renung kembali. Artis sepatutnya menjadi contoh teladan kepada umum bukannya membawa pengaruh negatif kepada masyarakat. Tiada guna kita menyatakan kepada dunia yang negara kita sebuah negara Islam jika kita tidak boleh lagi mengenal yang mana satu orang Islam dan mana satu orang kafir.Saya amat mengharapkan agar ada satu perubahan besar boleh dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah artis melayu Islam yang berpakaian seksi dan tidak menutup aurat yang melampaui batas2 norma seorang Islam. Tapi mampukah kerajaan sekarang membuat perubahan itu? Sedangkan isteri sendiri tidak diajar menutup aurat. hurmm tepuk dada tanyalah iman.

Orang lain sibuk belajar menutup aurat, kita pula nak buka aurat. Nauzubillah..

Cuba kita renungkan sketsa ini...

Ada yg memberi alasan "hati saya belum terbuka untuk menutup aurat".. Duhai kalian, sedar dan ketahuilah, Neraka pula tak pernah tertutup sebagai tempat buat pendedah2 aurat..

Kita ni dah lama diberi hidayah dan berstatus sebagai seorang islam yg beriman. Bila kita islam, kita dah setuju dan 'sign agreement' utk buat apa yg patut dibuat sebagai seorang islam..

Tapi kenapa dlm bab aurat kita kata tak sampai masa lagi?? Hati tak terbuka lagi?? Belum sampai seru lagi??

Kita kan dah tahu hukum..
Hukum Islam menyeru semua utk buat, bukan pada ustaz ustazah saja, bukan pada si alim dan si warak saja..

Kita lebih tak sanggup malu jika tak berfesyen dari memalukan agama Allah..
Kita lebih tak sanggup malu tak ikut trend dari memalukan nama Nabi SAW..

Saudara2 tersayang.. Berubahlah.. Allah Maha Pengampun..
Mula2 mungkin terpaksa, insya Allah lama2 ikhlas tu datang, percayalah..

Muslim lebih cantik dgn kesempurnaan aurat dan akhlak..

Imam Muda Arrazi




 Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH tetapi menjaga AURATKU saja kini sudah terasa payah..

Aku tertarik dengan fashion dunia tetapi aku LEBIH TERTARIK dengan AJARAN Allah di mana WANITA solehah itu LEBIH INDAH dan lebih BERHARGA apabila menjaga auratnya dari PANDANGAN dunia..

Indahnya SYARIAT menutup aurat, bermaruah dan bersopan..kerana aku ingin bergelar solehah, aku akan terus BERMUJAHADAH untuk mendapatkannya..✿~

>>> Islam itu indah dan CANTIK kerana indah dan cantiknya AKHLAK yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH..InsyaAllah..(✿◠‿◠)


Para lelaki kat luar sana juga perlu tahu memilih calon isteri yang baik dan berakhlak mulia. Janganlah suka menengok seksi seorang wanita sahaja. Cuba la bimbing ke arah jalan yang benar dan mengikut syariat Islam.



The Prophet said, "A woman is married for four things, i.e., her wealth, her family status, her beauty and her religion. So you should marry the religious woman (otherwise) you will be a losers.(Bukhari)


Artikel yang menarik untuk saya kongsikan di sini..lets take time to read..

Words from a christian sister:

A woman's sexuality should be guarded from unworthy eyes, since it should be your gift to the man who will marry you. Your most valuable assets are your inner beauty, your innocence, and everything that makes you who you are.

But I notice that some Muslim women push the limit and try to be as Western as possible, even while wearing a veil (with some of their hair showing). Why imitate women who already regret, or will soon regret, their lost virtue? There is no compensation for that loss. You are flawless diamonds.

We Western women have been brainwashed into thinking that you Muslim women are oppressed. But truly, we are the ones who are oppressed; slaves to fashions that degrade us, obsessed with our weight, begging for love from men who do not want to grow up. Deep down inside, we know that we have been cheated. We secretly admire and envy you, although some of us will not admit it. Please do not look down on us or think that we like things the way they are. It's not our fault. Most of us did not have fathers to protect us when we were young because our families have been destroyed. You know who is behind this plot.

Don't be fooled, my sisters. Don't let them get you too. Stay innocent and pure. We Christian women need to see what life is really supposed to be like for women. We need you to set the example for us, because we are lost. Hold onto your purity.

Remember: you can't put the toothpaste back in the tube. So guard your "toothpaste" carefully! I hope you receive this advice in the spirit in which it is intended: the spirit of friendship, respect, and admiration.
From your Christian sister with love.
From Journalist : Joanna Francis.
[http://www.PureMatrimony.com/]



Semoga kita sama-sama menjaga aurat kita dengan sebaiknya dan takutkan azab Allah. InsyaAllah.. 


(♥) ❝....And whosoever fears Allâh and keeps his duty to Him, He will make a way for him to get out (from every difficulty). And He will provide him from (sources) he never could imagine. And whosoever puts his trust in Allâh, then He will suffice him....❞ (♥)
[At-Talaq, 2-3]


Comments

  1. Best.. Insya Allah. Smga hati kite jgk tidak mudah tergelincir dan sentiasa dlm bimbingan Allah selalu. Amiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sayangilah Suami Anda~~

Rooms for Rent @ Solaris Dutamas^^

SEBUAH KEHIDUPAN