SEBUAH KEHIDUPAN

Pejam celik pejam celik hampir sedekad memegang amanah sebagai seorang peguam..macam lagu Ukiran Jiwa Awie lak.."Telah sedekad kenangan terpahat di ruang tak bertempat oo... ho..." 2016 pun akan melabuhkan tirai tidak lama lagi..semoga tahun baru 2017 nanti akan memberikan sinar baru yang lebih baik untuk kita semua.. 
1 dekad bukanlah dalam masa yang singkat..amanah yang harus digalas dengan penuh tanggungjawab..penuh kesabaran, penuh prinsip dan beretika dan berintegriti.

Sesekali terfikir sampai bila jawatan ini harus disandang..ia bukannya mudah..seperti menulis abc..ia seberat batu yang perlu dipikul..lawyer is a professional job..sama dengan bidang kerja professional yang lain seperti doktor, arkitek, jurutera dan lain-lain.When the job is professional, what people expect from u? Adakah semua kerja yang dilakukan perlu perfect? Adakah kamu perlu tahu semua benda dalam bidang guaman? Adakah kamu perlu hafal semua law, akta dan seksyen? The answer is affirmative..haa..no lah..kat sini bukan nak cerita pasal law sangat..just nak cerita and share pengalaman kerja dalam bidang guaman ni je..pengalaman diri sendiri agar sedikit sebanyak boleh memberikan inspirasi dan gambaran tugas lawyer ni bukan sekadar gah pada nama dan bukan hanya sekadar untuk glamour..its more than that..its everything..its about your attitude..its about how to solve problems..its about how u carry yourself when something is wrong everywhere..n u have to fix it again as its never happen..its about how you try to convince your client to listen to ur advice..its about how u present ur case well in court..its about process of learning, its about how you listen to others problems and u try not to be emotional..above all..its about life...




Lawyer harus mempunyai prinsip hidup sendiri..tidak perlu sesekali membodek boss untuk kenaikan gaji dan nampak hebat di mata dia...hanya perlu hasilkan kerja yang terbaik dan selagi boleh jangan memberikan masalah kepada semua orang..lawyer harus teliti and very details..perlu tegas dalam berlembut..tak boleh ikut rasional semata-mata..kena ikut law and procedure..tak boleh cakap tanpa asas..tak boleh advice client sesuka hati..tak boleh main hentam n semberono..tak boleh buat simple mistake...tak boleh kerja main-main..bnyak yang tak boleh kan...dan yang paling susah...tak boleh nak cuti dan EL sesuka hati..tak boleh...

As a lawyer, ur words should louder than ur staff..you should firm when to give instructions to ur staff..sebab ape? sebab kita nak pastikan kesilapan tak berlaku dalam sesuatu kerja yang dilakukan..contoh mudah sahaja..arahan Mahkamah untuk peguam keluarkan surat pemberitahuan kepada pihak Defendan untuk maklumkan tarikh bicara sesuatu kes..tapi staff cakap sebelum ni just inform Defendan melalui suratkhabar dah cukup dan Mahkamah bagi Perintah..bila dalam keadaan ini kita perlu sedar bahawa arahan Mahkamah akan berbeza bergantung kepada Timbalan Pendaftar, Majistret atau Hakim..Oleh sebab peguam yang hadir di Mahkamah dan lebih tahu, staff perlu dengar arahan peguam. Ini kerana jika arahan ini tidak dipatuhi, Perintah tidak akan diberikan oleh Mahkamah. Kesannya ialah bila Perintah tidak diperolehi peguam perlu menjawab dengan boss dan juga client. Pada masa ni boss biasanya akan memarahi peguam kenapa begini..kenapa begitu..yang salah adalah peguam juga..sebab itulah peguam perlu memastikan semua kerja dilakukan dengan betul dan sempurna..tak boleh silap..semakan perlu dibuat dengan teliti berdasarkan dokumen-dokumen yang ada..kalau peguam check pun cincai-cincai sebab itulah kadang-kadang banyak kesilapan yang berlaku..saya kalau boleh sehabis daya tak akan benarkan kesilapan berlaku..semua harus perfect..biar kita amik masa lama dalam membuat semakan satu-satu file daripada kita semak sekejap dah siap..sedangkan semua particular banyak yang tak betul..saya amat percaya bila kita amalkan ketelitian dan fokus  dalam membuat sesuatu kerja, hasilnya juga pasti baik..kita manusia tak sempurna selalu buat silap tapi biarlah kesilapan itu tak berulang.berikan yang terbaik dan lakukan yang semampu boleh..inshaa Allah..


Pengalaman menjadi seorang peguam ni banyak melibatkan ramai pihak..kadang kita pergi court untuk sesuatu kes kita akan belajar satu benda baru pada hari itu..sebab itu saya suka jadi lawyer litigation dari lawyer conveyancing..kita akan berjumpa dengan orang awam yang mempunyai kisah hidup yang mereka ingin share dengan kita..kita akan berjumpa dengan kawan-kawan peguam lain yang mengendalikan bermacam-macam kes..kita akan berjumpa dengan pegawai mahkamah yang berlainan character..kita akan berjumpa dengan staff mahkamah yang very helpful, very annoying, suka mengorat dan macam2 la, berjumpa dengan interpreter yang kadang2 lebih hebat daripada Hakim, dan berjumpa dengan cleaner yang peramah dan very concern..dulu cleaner Ani jumpa ngan saya dia panggil Puan..sekarang jumpa saya dah panggil saya Sayang..macam kawan dah ngan dia..hehe..

Banyak cerita yang ingin dikongsikan sebenarnya..tapi larat ke nak menaip lama-lama ni..salah satu cerita terbaru..ni kes pinjaman peribadi dengan bank..tugas ini sebenarnya bukan dalam scope lawyer..tapi saya kebetulan nak pegi Kuantan so saya rasa la nak buat keja serahan dokumen ni..saya ingin membuat serahan dokumen kepada pihak penghutang di mana penghutang menetap di Kuantan, Pahang. Saya telah mendapatkan no telefon Penghutang dengan agen yang sebelum ini berjaya menyerahkan dokumen kepada Penghutang. Saya call Penghutang dan seterusnya message melalui whatsapp menetapkan hari untuk berjumpa dengannya dengan tujuan untuk menyerahkan dokumen tersebut dan dia bersetuju. Dalam perjalanan ke Kuantan, saya message akan sampai jam berapa dan bertanyakan tempat yang sesuai untuk berjumpa. Oleh kerana kelewatan sedikit sebab singgah di Temerloh dan Mentakab, juga atas urusan serahan dokumen, Penghutang tidak dapat berjumpa seperti yang dijanjikan. Tetapi saya mencadangkan waktu lain dan keesokan harinya untuk berjumpa juga. Malangnya Penghutang cuba untuk mengelak. Saya menghubungi Penghutang keesokan harinya dan dia menjawab panggilan saya dan menyatakan akan pergi ke Temerloh kerana ada kenduri saudara. Saya pun menetapkan temujanji yang baru untuk berjumpa di Temerloh ikut kesesuaian tempat Penghutang. Sepanjang perjalanan ke Temerloh saya beberapa kali message Penghutang tetapi tidak reply dan setelah sampai di Temerloh saya menghungi beberapa kali tapi Penghutang juga tidak menjawab panggilan. Oleh itu saya membuat keputusan dan msg sekali lagi saya tunggu di masjid smpai jam 6 petang sekiranya Penghutang masih senyap saya akan bertolak balik ke KL..akhirnya dokumen itu tidak dapat diserahkan kepada Penghutang kerana dia sendiri yang mengelak. Oleh itu dokumen terpaksa diiklankan dan bila tarikh bicara jika Penghutang tak hadir ke Mahkamah, dia akan dihukum bankrap. Sebenarnya serahan dokumen perlu diserahkan sendiri untuk pengetahuan pihak Defendan dan saya akan menasihatkan agar berbincang dengan pihak Bank untuk sebarang penyelesaian. Mungkin dia rela diri dibankrapkan daripada mencari jalan lain untuk menyelesaikan hutangnya. Ada orang yang sanggup naik turun Mahkamah mengelakkan diri dari menjadi si Bankrap tapi kes ini dia dah menyerah awal-awal. Kita sebagai Peguam bukannya kerja suka-suka untuk menjadikan seseorang Bankrap tapi jika sehabis usaha dilakukan Penghutang tak dapat dihubungi, mengelak dan bermacam sebab yang tidak diketahui memang tak dapat nak tolong dah..

Peguam juga seorang manusia biasa..yang menjalani hidup dan rutin harian seperti orang lain juga..kalau dulu time bujang dan tak mempunyai keluarga kerja adalah priority utama..tapi bila dah berkeluarga family comes first..sekuat mana kita kerja pun keluarga tidak harus diabaikan..cita-cita saya hanyalah menjadi seorg peguam yang terbaik dalam kerja yang saya lakukan..biarlah tak hebat di mata manusia tetapi hebat di mata Allah..insha Allah..



" Memburu selain-Nya hanya akan mengecewakan, pergilah setinggi puncak karier, rebutlah setinggi nama, carilah sebanyak harta, tanpa hati emas, kau akan hanya meninggikan tempat jatuh. "Berjaya tanpa keperibadian yang kukuh hanya mendedahkan diri kepada lebih banyak stress dan kebosanan.
Hayatilah sebuah sabda, jika kita menjaga Allah, Allah akan menjaga kita. Tidak mengapa jika dipinggirkan, malah dilupakan...kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa lapang dan bahagianya kerana memiliki hati emas itu!"- Pahrol Mohd Juoi



Sebuah kehidupan kita juga akan berhadapan dengan berbagai-bagai macam karenah dan ragam manusia. Hidup kita akan selalu diuji dan kita perlu selalu bersangka baik dengan setiap apa yang berlaku. Hidup ini bukan medan untuk bertanding siapa lebih hebat, siapa lebih kaya, siapa boleh bercuti ke sana sini, siapa lebih cantik, siapa lebih pandai, siapa boleh buat kerja, siapa bodoh, siapa kaki bodek, siapa memiliki rumah besar, siapa boleh pakai berapa buah kereta, siapa boleh beli barang branded, siapa mempuyai anak ramai, siapa mempunyai hidup mewah,,dan lain-lain lagi..hidup ini untuk berkongsi apa yang kita ada pinjaman di dunia ini dengan orang lain..bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan untuk iri hati dan hasad dengki dengan kelebihan orang lain..rezeki yang Allah bagi kepada hambaNya tidak sama...rezeki juga bukan dalam bentuk harta sahaja..rezeki datang dalam pelbagai bentuk..eh..dah macam ustazah la pulak..macam lari bidang lak..hehe..sekadar ingatan untuk diri sendiri..kena selalu berfikiran positif..nasihat en suami macam tu la..






Tetiba teringat lagu kami..Lagu "Just the way you are" ni mengingatkan lagu latar slide show majlis kawin kami yang dihasilkan oleh Team Photoaura..


Ni la link dia kalau nak tengok:-

http://photoaura.net/blog/2011/01/12/izzah-hanim-hometown-kota-bharu-kelantan/


Wah dah panjang sangat tulisan saya kali ni..sebelum 2016 berakhir, saya nak kongsi hadiah yang paling win untuk tahun ni ialah ucapan di bawah:-


Ucapan ulangtahun kelahiran yang ke34 dari ayahanda tercinta..sungguh sayu dan syahdu..very deep..bonda macam biasa ucapan hari lahir melalui panggilan telefon pada jam saya dilahirkan iaitu 3.10 petang dan tak pernah missed..i am very blessed to have mum and dad like both of u..

Teringat tazkirah kat Ikim pesanan seorg Ustaz..tapi xingat nama lak.. tapi pesanan ni pun selalu ummi ayah ingatkan kepada kami adik beradik juga..walaupun dah berkeluarga nak pegi mana-mana bercuti ke holiday sekejap ke lama ke bagitahu la org tua terlebih dahulu..bukan mereka nak menyibuk ke apa nak tahu apa yang kita buat, tapi itu tanda kita menghargai mereka yang masih ada..betapa keciknya hati mereka jika mereka tahu daripada mulut orang lain..lagi kecewa zaman sekarang ni tengok dalam laman sosial saja..tengok2 anak2 dah berjalan jauh..kita tak akan pernah tahu hati seorang ibu macam mana..kadang2 hati sedih dengan perangai anak2 simpan dalam hati..bila tiba ketika menangis seorang diri..dah jadi ibu sekarang ni lagila boleh merasai benda-benda macam ni..satu saat nanti anak-anak dah besar saya akan selalu ingatkan pesanan ini agar tidak diabaikan begitu saja..

Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih baik macam kt bawah ni :-




Planner @ diary 2017 dari Prudential BSN Takaful pun baru je dapat..jom kita sama-sama plan ape yang sepatutnya untuk tahun 2017..belanjawan, holiday bersama keluarga, cuti raya dan lain-lain lagi..merancang itu perlu agar hidup kita lebih well organised..tetapi sebaik-baik Perancang ialah Allah Yang Maha Esa juga..semoga kita semua dalam rahmat Allah selalu hendaknya..inshaa Allah..





   
Smile Always..from Mummy Airish & Danish..

💙Welcome 2017 💚



Comments

Popular posts from this blog

Sayangilah Suami Anda~~

Rooms for Rent @ Solaris Dutamas^^