Dulu dan Sekarang~~

Tajuk macam menarik kan??hehe..
Dulu hidup single-skrg dah berkahwin dan ada anak seorg..Banyak beza tu..
Actually banyak yang telah berubah dlm hidup saya. Rasenya lebih matang dalam bertindak, cara berfikir dan membuat keputusan..

Perkara pertama yang ingin sy share ialah dari segi cara memilih bahan bacaan untuk dibaca. Jom kita tgk bahan bacaan saya sebelum berkahwin..ini cuma sebahagian..yang selebihnya dalam kotak..


              ~Kosmopolitan, In Trend, Eh!, Mingguan Wanita, Women Weekly, Female, Harmoni~

Every month pasti saya akan dapatkan semua koleksi majalah2 di atas. Kalau dikira secara kasar RM400.80 saya akan habiskan setahun untuk membeli kesemua majalah ini. Dan jika dari 2006-2009 saya mengumpul koleksi majalah tersebut kos terkumpul ialah RM1,603.20..Hurm jumlah yg agak banyak juga..Kalau jumlah itu saya gunakan untuk membeli majalah yg lebih berilmiah dan mempunyai ilmu keagamaan pasti dah ada satu library utk menempatkan koleksi majalah2 ini..

Tapi sekarang apabila dah berkahwin dan mempunyai anak bahan bacaan saya dah berubah..Let's see which magazine dat i  have..




                   ~Solusi, Al-Ustaz, Gen-Q, Anis, Nur, Iman, Majalah i, Q &A dan Dian~

One more, majalah JOM! lupa nak amik pic..memang saya dah jadi addicted to all these magazines..Every month i will ask my hubby to go to Jaseema to buy semua majalah ni..Alhamdulillah sy bersyukur sgt kerana dapat memiliki dan membeli majalah yg penuh dgn ilmu keagamaan walaupun setiap majalah ini kosnya lebih mahal berbanding majalah yg saya pernah miliki dahulu. Sudah tiba masanya perubahan ke arah yg lebih baik perlu dilakukan. Bukan ape cukuplah kita memiliki majalah2 yang mengandungi ilmu kecantikan, ilmu kerjaya dan lain2 lagi. Kita cuba tambah ilmu agama sebaik mungkin agar hidup kita seimbang antara ilmu dunia dan ilmu akhirat..Mungkin majalah2 tersebut dapat disimpan utk koleksi library nanti dan dijadikan rujukan kpd anak, Qaleesya dan InsyaAllah anak2 yg bakal lahir..

Mesti ada yg ingin bertanya sempat ke saya habiskan bahan bacaan ini sebelum tibanya edisi yg seterusnya? Sudah pasti tidak. Ini memandangkan banyak tugas harian lain yg perlu saya lakukan sebagai seorg isteri dan ibu.. Tapi sy berasa puas hati dapat memiliki kesemua majalah tersebut. Saya juga hampir memiliki semua koleksi majalah Solusi dari isu 1-6, 17-48..hanya beberapa isu yg belum dapat saya miliki kerana masih menunggu ulang cetak oleh penerbit Telaga Biru Sdn Bhd.. dan saya tak pasti bilakah masanya itu..

Bagi saya bahan bacaan memainkan peranan yg penting dalam menentukan tahap pemikiran dan sekaligus cara hidup kita. Prof Muhaya selalu menyebut mengenai perkaitan seseorg dgn apa yg dibacanya.

 "Apabila masuk ke rumah seseorg kita dapat menilai org itu macam mana? Kalau kita tgk hiasan rumah dipenuhi dgn kristal yg mahal, itu hanyalah kemahuan nafsu. Alangkah molek duit sebanyak itu disedekahkan kepada mereka yg memerlukan. Begitu juga kalau kita lihat buku apa yg dibaca. Kita akan dapat menilai siapakah org itu. Kalau kita buka peti ais di rumah seseorg dan lihat apa yg mereka makan, kita boleh mengagak apakah penyakit yg bakal mereka hidapi di masa akan datang."

Oleh itu dulu dan sekarang saya berbeza kan? Bagaimana ia berubah? Ia berlaku tanpa sedar setelah saya mengenali majalah Solusi. Perubahan yg sedikit tapi konsisten amat perlu dalam hidup kita agar kita menjadi lebih baik dan baik..Ada yg masih berbangga dengan memiliki barang2 mahal seperti kasut, handbag, kaca mata, jam tangan..tapi bagi saya ilmu yang terdapat dlm majalah2 ini adalah lebih mahal dan berharga..oleh itu pepatah juga berkata hanya org yg cerdik tahu membezakan mana intan dan mana kaca..So, lets's change our mind and perception..Jom ubah!

Rasulullah SAW bersabda:

" Tentu, jika salah seorg antara kamu pergi ke masjid kemudian belajar atau membaca dua ayat al-Quran, maka itu lebih baik daripada dua ekor unta, tiga ayat lebih baik daripada tiga unta, empat ayat lebih baik daripada empat unta dan daripada sejumlah unta." (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

Comments

Popular posts from this blog

Sayangilah Suami Anda~~

Rooms for Rent @ Solaris Dutamas^^

SEBUAH KEHIDUPAN