Sayangilah Suami Anda~~

Syurga seorg isteri ialah di bawah tapak kaki suami...sape xnak masuk syurga bersama suami tersayang kan?? Jika ditanya soalan begitu kepada sy, nescaya sayalah org pertama yg akan mengangkat tangan..hehe
Sayangilah suami anda kerana ape? Jawapan yang paling tepat ialah kerana disebabkan oleh suami la kita sekarang bergelar seorg isteri. Kerana suamilah yang melamar dan sudi memilih kita menjadi suri rumahnya..berterima kasihlah kepada suami dan berdoalah agar kasih sayang antara suami dan isteri terus berpanjangan hingga ke syurga nanti, InsyaAllah...



Hurmm sebenarnya apakah tanda atau perbuatan yang menunjukkan kita betul2 menyanyangi suami kita??
Adakah seorg isteri perlu memakai pakaian yg cantik, seksi , menggoda, tidak menutup aurat dan memakai make-up tebal di hadapan org bukan muhrim untuk menyatakan kasih sayang seorg isteri terhadap suami??Ohhh tidak, its totally wrong dear..Cantik seorg isteri hanyalah untuk suami, cantik seorg isteri bukan untuk dipertontonkan kepada umum. Jangan salah sangka lak, saya juga suka untuk nampak cantik..Cantik yang berpada2 dan masih dalam kesopanan..Buat apa kalau kita cantik di hadapan org lain kalau natijahnya dosa yg kita dapat. Cantik biarlah pahala yg kita dapat. Sudah cukup rasanya kita mengumpul dosa tidak menutup aurat..Dosa yang kita kumpul itu memungkinkan kita jauh dari syurga yang boleh membawa kita ke neraka..SubhanaAllah takutnye..Nauzubillah minta dijauhkan...

Ramai lagi isteri yang bangga bila dapat berpakaian seksi, tidak bertudung dan menutup aurat serta dapat pujian kawan2. Lagi ramai yang memuji dia cantik dengan berpakaian tidak menutup aurat lagi dia merasa bangga.. Anda silap okey! Korang tahu atau buat2 xtahu yang sekali seorg isteri keluar rumah dengan tidak menutup aurat sape yg dapat dosa?? Tentulah suami juga menanggung dosa anda itu.. Amat malang dan tidak bermakna sekali seorg isteri yang menyatakan "saya memang sayang kepada suami saya"..tetapi dia tidak menzahirkan dengan perbuatannya..perkataan sahaja tidak cukup atau langsung 'cakap tak serupa bikin' dgn erti kata lain tidak menggambarkan apa yang dikata...cuba anda recall kembali zaman bercinta, anda mesti nak pasangan anda yang menyatakan perasaan cinta dan sayang melalui perbuatan..dgn memberi bunga, contoh simple..n then jumpa ibu bapa untuk membuktikan dia betul2 serius dgn anda..



So, sekarang anda dah jadi isteri..its now ur turn to prove it dat u're truly, madly n deeply lurve ur husband!!

Your love will be proven when you enter Paradise together. - {Abdulbary Yahya}

Ada yang cakap suami saya tak de pun sibuk2 suruh saya pakai tudung dan menutup aurat tapi nape anda lak yg sibuk nak jaga tepi kain org?? Ini bukan soal suami tak suruh atau suami suruh, ini adalah perintah Allah yang wajib dilaksanakan..ini bukan suruhan ustaz2 atau org seperti saya yg memang dulu2 tak belajar sekolah agama pun..Isteri juga sekurang2nya mesti beranggapan bahawa suami memang inginkan isteri yang tahu menjaga maruahnya sebagai seorg isteri dengan menutup aurat, dengan mematuhi perintah Allah..Motivasi saya, kalau saya tak suruh orang buat baik, selagi itulah saya tak buat baik. (petikan kata2 Dr. Zaitul Akmal, doktor bahagian Ibu dan Anak di Pusat Kesihatan Selayang Baru)..

Dalam al-Quran, terdapat ayat yang menceritakan perihal lelaki beriman yang menyukai wanita bertudung. Ayat 30 dalam surah an-Nur menjelaskan, Allah menjadikan mereka sebagi penguji iman kepada lelaki yang mengerti bagaimana menjaga mata, menatap hati dan sentiasa mementingkan akhlak. Kita lihat pula ayat berikut berkaitan tudung. Allah menjelaskan:-

"Wahai nabi, suruh isterimu, anak perempuanmu serta wanita2 yang beriman melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuhnya." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

Maknanya kalau seorg lelaki tidak suka isterinya bertudung dan menutup aurat, dia bukanlah seorg lelaki yang beriman..tapi sebagai isteri tentu kita inginkan suami yg beriman yang boleh membawa kita ke syurga...oleh itu andalah yg berubah untuk menjadikan suami anda seorg yg beriman..tidak salahkan??fikir2kan la..:)

Bagi isteri atau yang sudah menjadi ibu sekarang tidakkah anda terlintas yang anda ingin menjadi seorg isteri yg baik untuk suami anda??

‘Ali ibn Abee Talib said, “The most happy is he to whom God has given a good wife.”
A Good wife deserves a good husband. Are you a good wife to your husband? 
Are you a good husband to your wife? 
Do you know what are her rights and what are yours? 
Do you know what are your duties and what are hers? 
Do you know how to treat your spouse in accordance with Qur’an and Sunnah? 



Saya pasti ada kan..let's do it now..ubahlah dgn slow2..saya juga pasti hidup anda dikelilingi oleh perempuan yang memakai tudung..ibu, mak mertua, adik, adik ipar, kakak, kakak ipar dan kawan2..contohilah mereka..insyaAllah hidup akan bertambah tenang kerana mematuhi perintah agama..Menatap wajah orang yang bertudung walaupun dia xberapa cantik tapi insyaAllah hati akan tenang.dan menatap wajah orang yang cantik tapi tidak bertudung hanyalah satu kecantikan luaran sahaja..bagai irama tanpa lagu...Saya amik contoh artis wanita yang telah berhijrah, Ana Raffali:

~ Ana Raffali sangat sweet dan manis bila bertudung ~

" Ana tidak menafikan ketenangan yang dirasai selepas bertudung dan berharap dirinya akan terus istiqamah dengan penghijrahan yang dilakukan. Dan kalau ingin bertudung bukan kerana ingin kelihatan cantik atau terpesona dgn pelbagai corak dan patern tudung yang ada sekarang ini, sebaliknya biarlah bertudung itu kerana mengikut kehendak syariat..."

Seorang isteri juga bakal menjadi seorg ibu..Apakah yang seorg ibu mahukan dari seorg anak? Sudah semestinya anak yg soleh dan solehah. Oleh itu ia bermula dari anda..Andalah contoh terbaik bagi anak2..takkan anda sanggup tengok generasi anda tergolong dalam golongan orang yang tidak beriman dan melanggar perintah Allah SWT..Nauzubillah..


Akhir kata, saya bukanlah seorg isteri yang baik untuk seorg suami tapi mencuba dan terus mencuba menjadi yg terbaik..kerna saya sayangkan suami saya, seperti anda semua sayangkan suami masing2..ingatlah pengorbanan suami kita yang memang kita tak mampu untuk membalasnya..suami sy adalah yang terbaik walaupun ada kekurangan di sana sini dan begitu jua saya yang penuh dengan ketidaksempurnaan...tapi Allah telah jodohkan kami berdua untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain..satu rahsia yang saya ingin kongsi, sayang terhadap suami bertambah2 bila tgk muka dia balik dari kerja dan menyambutnya di depan pintu rumah. nampak lagi hensem dan muda...hehe...so,lets change our perception now! be a truly wife which really love our husband! jadilah isteri yang mana bidadari di syurga mencemburui dirimu~~

Sehingga bertemu di entry yang seterusnya..Stay Tuned~
                                                           ~ My Husband, Qaleesya & Me~

Jom hayati pesanan ini :-

P/S: Ibn Abi Zi'b sangat pandai menundukkan nafsu sehingga emosinya menuruti perintah akalnya. Mengapa? Ini kerana para solihin tidak pernah berasa cukup dengan nasihat. Semakin banyak nasihat yang mereka dengar, semakin gembira hati mereka. Malah, bagi mereka nasihat merupakan tanda cinta yang dipersembahkan seorg saudara kepada saudaranya...:)

Comments

Popular posts from this blog

Sayangilah Suami Anda~~

Rooms for Rent @ Solaris Dutamas^^

SEBUAH KEHIDUPAN