Jangan salah gunakan laman sosial...

Laman sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Keek dan macam-macam lagi memang sudah digunakan secara meluas oleh kita semua..tapi saya lihat dan dengar kebelakangan ini banyak sangat benda-benda yang tak sepatutnya kita dedahkan n pamerkan di public seolah-olah menjadi trend..pls jangan memalukan diri sendiri..hidup kita ada batasnya..kerana kita adalah makhluk Allah yang perlu patuh pada hukum dan peraturan Allah..bagi yang bukan Islam xkisah la mereka nak buat ape..tapi bg orang yang beragama Islam ada benda yang kita boleh buat dan ada benda yang kita tidak boleh buat..

Sebenarnya saya tertarik dengan komen seorang hamba Allah mengenai satu photo seorg artis bersama suaminya yang diupload di Instragramnye..ape kah motif gmbr sedemikian hanya artis tersebut yg mengetahuinya..inilah komennya:-

"Bila followers memberi teguran terutama teguran yg baik, bkn bermakna hendak memalukan artis tersebut ataupun nak berlagak jadik ustaz atau ustazah. Benda yg haram tetap haram walaupun artis tersebut tiap2 tahun buat haji atau hari2 bagi mkn anak2 yatim namun selagi ada kemungkaran yg jelas, the good deeds tidak boleh menghalalkan perkara yg Allah tetapkan sebagai haram. Ini hukum Tuhan bukan manusia. Gmbr seperti ini jelas menunjukkan kemungkaran dan sbg suami artis tersebut beliau sewajibnya melarang isteri mempamerkan diri seperti ini kerana ianya berdosa. Biarlah sesetengah manusia akan kata fikiran sempit & lebih baik duduk di hutan, tunggulah balasan di akhirat kelak. takutlah pada Allah bukan pada manusia. To artis tersebut, i like ur personality & ur spirit but sbg saudara seislam just nak tegur, your fashion collections adalah yg tidak menutup aurat & ianya akan menjadi 'saham' dosa di akhirat kelak. bukan itu sahaja, hasil dari 'usaha' ini anda memberi makan anak2 anda, pikirkanlah tentang keberkatan, jgn hanya ingatkan dunia sahaja. Kasihanilah anak2 kita. I wish one day, u'll work on muslimah attires, sopan & diredhai Allah. To artis tersbut, u pasti cantik bila berhijab & alangkah baik & indahnya bila ramai yg nanti turut berhijab demi mencontohi kecantikan anda...Cantiklah di mata Allah itu yg penting BUKAN di mata manusia..Wallahualam.. jangan berkecil hati ya. salam"

Saya rasa pandangannya sangat benar..saya menyokong 100%..

Andai sebatang pohon dpt berkata-kata kpd manusia pasti nasihatnya kpd manusia sgt berguna. Betapa tidak, Allah sendiri memberi perumpamaan tentang pokok utk diambil pengajaran oleh manusia. Maksud firman Allah di dalam Al-Quran:-

" Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perumpamaan iaitu kalimah yang baik (kalimah tauhid) adalah sprt sebatang pohon yg baik, yg pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Pohon itu mengeluarkan buahnya pada setiap musim dgn izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka beringat (mengambil pengajaran). Perumpamaan kalimah yg buruk (kalimah kekufuran) spt sebatang pohon yg buruk (tidak berguna) yg telah dicabut akar-akarnya dari muka bumi. Ia tidak ada tapak utk tetap hidup." (Surah Ibrahim;ayat 24-25)

Hati saya sedikit tersenyum apabila membaca satu posting berbahasa Inggeris di laman sosial Facebook di mana sebatang pokok berwajah wanita muda memberi nasihat kpd pembaca.



* Stand still and proud-berdiri tegak, teguh dan bangga menjadi dirimu.
* Go out on a limb- tegakkanlah kebenaran walaupun pahit dan terasing.
* Remember your roots- sentiasa ingat asal usulmu dan jgn sekali-kali lupa diri.
* Drink plenty of water- jaga kesihatan dan keperluan asasmu.
* Be content with your natural beauty-syukurilah keindahan penciptaan dirimu.
* Enjoy the view- ceriakan diri dgn keindahan di sekitar dirimu.

Pokok tidak bijak memberi nasihat. Yang Maha Bijaksana adalah Pencipta pokok yang meniupkan ilham ke hati manusia yg melihatnya pokok tersebut lalu berkongsi sesama manusia untuk diambil pengajarannya.
[petikan dari Artikel nasihat sang pokok oleh Sofiyah Satuyah Rasin, Majalah Nur, Sep 2012.]

Oleh itu, komen hamba Allah itu sangat betul kerana dia sebenarnya memberi nasihat dan teguran, bukan niat untuk mengaibkan artis tersebut. Saya juga ingin menambah sedikit teguran kepada suami artis tersebut. Tengok-tengok dan tegurlah isterimu, jangan biarkan isterimu itu berbuat sesuka hati. Memang kalau kita tgk secara biasa gambar itu hanyalah sekeping gambar biasa..tapi saya rasa xperlu la upload gmbr begitu..nak tunjuk aurat kita kat semua ke??hurmm..Janganlah menjadi seorang lelaki yang dayus..

Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )[petikan dari artikel Siapa Lelaki Dayus menurut Islam,zaharuddin.net]

Oleh itu selok-eloknya kita fikir bnyak kali dlm upload gmbr atau ape saje yg kita ingin share di ruangan sosial..peringatan untuk diri sendiri juga..


Comments

Popular posts from this blog

Sayangilah Suami Anda~~

Rooms for Rent @ Solaris Dutamas^^

SEBUAH KEHIDUPAN