Wan Ahmad Danish Qaiser~

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan kelahiran bayi lelaki saya pada 17 Jun 2013..Mama and Papa menerima kehadiran Danish dengan penuh kegembiraan. Now i have one doter n one son.. Dah sepasang.. Stop la dulu kan..hehe..

Pengalaman yang sedikit berbeza berbanding melahirkan Qaleesya.. Danish dilahirkan awal 9hari dari due date..Memang itu yg kuminta agar dapat melahirkan Danish awal dari due date..Alhamdulillah kerana Danish juga dilahirkan secara normal delivery..tapi kesakitannya lagi memeritkan kerana tanda kelahiran yg dialami ialah keluar darah dan air ketuban pecah sendiri. Kesakitannya boleh dikatakan sekejap sahaja. Kul 4.45 am masuk labour room, kul 8.15am Danish selamat dilahirkan..tetapi dibantu dengan bantuan epidural juga..its mean 2 times im taking epidural for 2 delivery..huhu..sekarang dah rase effectnye..sakit belakang and xboleh duduk lama2..huhu..

Wan Ahmad Danish Qaiser bin Wan Nor Azdi dilahirkan pada pukul 8.15am, hari Isnin 17/06/2013 dengan berat 2.67kg..0.25kg berat sikit dari Qaleesya..Sedikit gmbr Ahmad Danish untuk tatapan semua..

























































Banyak perubahan muka Danish sebenarnya dari awal kelahiran sehingga sekarang..memang orang kata muka baby ni akan berubah..sekejap muka Mama sekejap muka Papa..tapi sekarang ramai yang cakap muka Danish macam muka Uncle Mnya..hehe..




Tapi uncle2 Danish yang lain jangan la berkecik hati lak sebab ramai yang cakap muka Danish macam uncle M..yang pasti uncle2 Danish yang lain semuanya macho2 belaka..kalau tgk pic kt bawah Uncle Peace la yg jarang main ngan Danish..dukung pun jarang2..hehe..tgk dia main2 cmtu je..haha..kelakar la Uncle Peace..yang xjumpa lagi Danish ialah Uncle Fi n Auntie Eisya..insyaAllah tahun 2014 ye..


Alhamdulillah Danish xbanyak karenah macam kakak Airish..dia hanya akan bangun malam untuk minum susu..lepas tu tido balik..berbeza sikit ngan kakak Airish, Danish akan bangun 2@ 3 kali dalam 1 malam..memang penat la skit..time pantang dulu ok la..tp skrg dah keje n Danish dah membesar lebih kurang 1 kali sahaja Danish akan bgn malam utk minum susu..ok la skit kan..

Sekarang Ahmad Danish dah umur 6bulan lebih baru Mama sempat tulis something mengenai Danish..biasala kan kekangan masa..Mama harap Danish akan jadi anak soleh utk Mama n Papa dunia n akhirat..Mama n Papa luv so so much..muahhhsss!!!

Danish dah umur 6bulan lebih, so dah boleh makan solid food la..ini la stok makanan danish yang mama sempat buat untuk seminggu..hopefully sempat la makan utk seminggu..kalau habis dulu memang Danish makan bnyak la,berselera sungguh..hehe..tapi baby boy memang xheran kan..makan banyak..minum susu pun banyak..tapi alhamdulillah Danish xpernah demam lagi setakat ni..syukur..:)



Hayatilah pesanan Luqman kepada anaknya:-

Pesanan Luqman kepada anaknya dibentangkan dengan panjang lebar oleh Allah di dalam surah Luqman. Pesanan Luqman ini amat baik jika kita jadikan pesanan yang diulang-ulang dari masa ke semasa untuk anak-anak kita. Antara yang dipesankan oleh Luqman kepada anaknya ialah;

“Dan (ingatlah) tatkala Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepada anaknya itu; ‘Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu mensyirikkan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu merupakan satu kezaliman yang besar”. (Luqman: 13)

“Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah dari kemungkaran, dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang perlu diambil berat melakukannya”. (Luqman: 17).

Comments

Popular posts from this blog

Sayangilah Suami Anda~~

Rooms for Rent @ Solaris Dutamas^^

SEBUAH KEHIDUPAN